Atuk Buat Kolam Renang Untuk Cucu Mandi, Hasilnya Macam Kolam Renang Resort!

Limited Time!







Semenjak musim PKP sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, makin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin kreatif. Bukan sahaja dari segi memasak, malah ramai juga yang pakar dalam mengubahsuai dekorasi dalam rumah termasuk membuat kolam renang sendiri.

Ini juga termasuk viral di laman media sosial dimana terdapat perkongsian seorang datuk membuat kolam renang untuk cucu-cucunya. Apa yang menariknya, semua dilakukan secara sendiri dan hasilnya memang macam kolam renang di pusat percutian. Memang sweet betul!

ATUK BUAT KOLAM RENANG UNTUK CUCU

Pkp musim pertama tok abah buat teratak bonda, pkpb tok abah start menyangkul buat kolam renang utk cucu2 pulak,.. Sesuai dengan saranan kerajaan supaya kurangkan aktiviti ditempat awam maka tok abah pon gigih menyangkul… Akhirnya pkpp tok abah dh boleh berehat… Umh kmpg pon boleh berangan mcm dok kondo nk ade kolam renang

MACAM KOLAM DEKAT RESORT!

Bila sudah siap kejadian kolam tersebut, memang sangat cantik hasilnya! Bukan sahaja mempunyai keluasan yang selesa malah keadaan dekorasi keliling kawasan kolam juga turut dihiasi dengan pokok-pokok hijau.

Pelampung untuk cucu-cucu pun ada!

Sumber: Noriha Cikha via Kelab Kaki Deko











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


twenty − eighteen =