Perasan atau tidak setiap kali anda berkunjung ke kedai buku, pastinya anak-anak akan tertarik dengan koleksi sticker yang ada di sana? Kalau boleh, setiap hari mahu beli sticker dan dijadikan permainan harian. Tapi, ibu bapa pula yang pening kepala dimana anak-anak akan mula tampal sticker tersebut di serata kawasan dalam rumah termasuk dinding yang bercat mahal!

Tetapi, jangan dimarahi anak-anak yang suka main dengan sticker tersebut kerana ada manfaatnya yang anda tidak tahu dan ini caranya untuk jadikan aktiviti sticker lebih fun dan super-bijak!

5 TIPS AKTIVITI STICKER MUDAH BOLEH JADI AKTIVITI “SUPER-BIJAK”

– Tampal sticker merupakan antara aktiviti PRA-MENULIS yang sangat baik, mudah dan murah.

– Tampal sticker pada garisan akan membantu anak AWARE PADA GARISAN yang akan turut latih anak untuk MEWARNA

DALAM GARISAN, MENULIS IKUT GARISAN

Aktiviti ni sesuai untuk anak 2 tahun ke atas yang dah tak masukkan barang bukan makanan dalam mulut ye.. hehehe.

Ni saya kongsikan 5 TIPS kita boleh jadikan aktiviti mudah ni jadi SUPER BIJAK dan jadi sangat efektif sebagai persediaan anak kita nak belajar menulis dengan baik nanti.

1. Masa lukis, biar anak nampak kita lukis.

Anak ni, belajar dengan meniru apa yang kita buat. So, lukis je sendiri. Nanti anak akan rasa suka dan jatuh cinta dengan pensel dan kertas sebab berjaya buat mama dia lukis objek cantik untuk dia.

2.Sambil lukis tu, sambil lah borak dengan anak apa gambar yang kita lukis tu

– Guna tack-it / selofan tape untuk lekatkan kertas pada meja.

– Nak buat aktiviti motor halus macam ni, kita kena kurangkan distraction. Target kita nak anak kenal garisan dan guna sticker. So, kurangkan kesusahan anak nak kawal kertas dari terbang pula.

-Fokus kemahiran apa yang kita nak anak belajar dalam setiap aktiviti mudah yang kita bagi.

– Ajar anak tanggal sticker dengan kedua belah tangannya aktif.

3.Tak mau letak sticker atas meja

-Tapi, latih anak untuk pegang sebelah tangan, dan tanggalkan sticker dengan sebelah tangan lagi.

-Kalau anak tak tahu? Tunjuk. Anak kan suka tiru kita…

-Guna 2 tangan macam ni akan latih anak untuk guna tangan yang dia prefer atau kita panggil tangan dominan.

4. Guna LAGU untuk galakkan anak siapkan kerja dia

-Setiap kali anak tampal sticker, nyanyi satu lagu mudah. “Lebah jalan-jalan, Aufa tampalkan.. Lebah jalan-jalan, Aufa tampalkan..”

-Sampai lagu tu macam menghantui kepala kita dan anak kita. Sampai anak kita pun ternyanyi sekali. Sedap tak sedap, belakang kira.

5. Beri anak ruang untuk siapkan sendiri

-Bila anak dah ada rentak untuk buat tu, jauhkan sedikit diri kita dari sebelah anak. Ambil air kejap ke, basuh pinggan kejap ke…

-Kalau anak kita bangun dari meja bila kita tiada, ajak balik, create semula momentum minat anak dengan lagu tadi.

-Bila anak dah leka semula, kita tinggalkan dia sekejap. Ini akan latih anak kita untuk berdikari dan yakin diri untuk boleh siapkan kerja dia tanpa kita.

Simple kan? Bila aktiviti simple kita buat dengan practical dan penuh ilmu, aktiviti simple pun boleh jadi aktiviti yang sangat satisfying untuk kita sebagai ibu bapa tau. Sebab kita tahu dengan aktiviti simple tu sebenarnya anak kita tengah belajar macam-macam benda. Kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

All copyrights for this article are reserved to DIY