“Aku dah tak tahan dah ni!” demikian bentak seorang wanita yang bengang dengan jirannya yang didakwa selalu membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk lain di bangunan kediaman mampu milik tersebut.sajagempak.com - “Aku dah tak tahan dah ni!” - Tak Tahan Jiran Suka Bising, Wanita Mengamuk Bawa Pisau Berjumpanya

Enggan mengalah, isteri kepada perakam video pula berkata, “Tak tahan? Buat report polis, senang”, dan dalam masa yang sama lelaki itu menyuruh wanita terbabit menunjukkan pisau yang dibawanya di depan kamera.


Wanita Tudung Hitam: “Siapa suruh buat bising tiap-tiap hari?”

Pemilik Rumah: “Apa bising?! Bila masa aku buat bising?!”

sajagempak.com - “Aku dah tak tahan dah ni!” - Tak Tahan Jiran Suka Bising, Wanita Mengamuk Bawa Pisau Berjumpanya

Handphone perakam kemudian terjatuh dipercayai ditepis oleh wanita berkenaan yang juga mendakwa keluarga itu selalu bising di awal pagi menyebabkan dia tidak tahan. Selain menegaskan yang dia sudah lama menetap di situ berbanding mereka.

Suasana menjadi semakin tegang apabila pasangan suami isteri itu pula mengatakan wanita terbabit datang ke rumah mereka semata-mata mahu tunjuk samseng.

sajagempak.com - “Aku dah tak tahan dah ni!” - Tak Tahan Jiran Suka Bising, Wanita Mengamuk Bawa Pisau Berjumpanya

Lebih teruk lagi apabila mereka menyindir wanita itu tiada anak menyebabkan dia berperangai seperti itu.

Di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa wanita itu sebenarnya sudah lama bersabar dengan keluarga perakam video tersebut.

VIDEO:

Tampil beberapa individu juga mendedahkan pasangan itu sememangnya kerap membuat bising seperti mengheret barang berat, riuh satu blok dan bercakap dengan suara yang kuat sehingga boleh didengari oleh para penduduk lain yang hanya terpaksa menahan sabar bertahun-tahun.

Kita kalau hidup berjiran, hormatilah orang-orang disekeliling kita dan bertolak ansur sesama kita.

Sumber: Hestek Minggu Ini




All copyrights for this article are reserved to SajaGempak