Ramai daripada masyarakat kita mempunyai persepsi bahawa duit terkoyak tidak mempunyai nilai dan sudah tidak boleh digunakan, anggapan tersebut adalah salah kerana duit tersebut boleh ditukarkan ke Bank Negara Malaysia (BNM) atau cawangannya. Namun nilainya berbeza mengikut saiz wang yang telah koyak. Berikut perkongsian Twitter Rahman Ismail berkenaan nilai duit terkoyak berdasarkan saiz wang tersebut.

KRITERIA PENILAIAN DAN SAIZ WANG KERTAS

Berikut merupakan kriteria-kriteria bagi penukaran wang kertas dan nilai bagi wang yang terkoyak

1. LEBIH 2/3 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS

Jika duit anda koyak pada saiz yang sedemikian iaitu lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas , anda masih boleh mendapatkan semula nilai penuh wang tersebut.

2. ANTARA 1/2 HINGGA 2/3 SAIZ ASAL WANG KERTAS

Jika koyakan adalah 1/2 sehingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas pula anda hanya akan dapat nilai separuh daripada wang tersebut.

3. KURANG 1/2 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS

Jika koyakan wang tersebut adalah bawah 1/2 daripada saiz asal wang kertas maka ia tiada nilai.

CONTOH LAIN DUIT YANG TIADA NILAI

– Contengan pada potret yang di-Pertuan Agong.

– Wang kertas dengan kelunturan yang teruk sehingga tidak nampak corak reka asal wang kertas

– Tulisan yang menggambarkan slogan politik atas wang kertas.

– Menggunakan wang sebagai pad tulis mahupun kad jemputan.

Sumber: Rahman Ismail

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau