Kemajuan dunia pada hari ini menyajikan kita dengan pelbagai kecanggihan alatan terkini untuk memudahkan urusan sehari-hari. Daya inovatif dan kreativiti manusia telah berjaya menciptakan sesuatu yang kadangkala tidak pernah kita jangkakan namun mendatangkan kebaikan. Berikut perkongsian Addien di Twitternya mengenai gajet dan pelbagai barang menarik yang jarang kita lihat dan belum pernah digunakan.

1. EPIPHANY ONE PUCK

Mudahnya nak caj telefon menggunakan gajet ni, hanya letakkan sahaja minuman panas atau sejuk di atasnya kemudian cucukkan sahaja ke telefon anda, semua telefon dan gajet yang seakan-akan dengannya boleh digunakan dengan gajet ini. Ia juga boleh dibawa sewaktu ingin keluar makan dan minum, katakan anda sedang makan di mamak atau mana-mana restoran tetapi bateri telefon semakin berkurangan, daripada bersusah payah gunakan plug yang ada di situ, anda boleh gunakan gajet ini hanya dengan air panas atau sejuk yang anda pesan terus sahaja caj. Gajet tersebut boleh menjadi penyelesaian kerana mudah di bawa ke mana sahaja.

2. THE BARISIEUR

Wah bangun pagi atau nak minum kopi sebelum tidur jadi mudah sekarang dengan The Barisieur. Kuncikan sahaja masa anda ingin bangun tidur atau peringatan untuk minum kopi. Sejurus tiba masa tersebut, alat ini secara automatik menghasilkan kopi untuk anda, tak perlu tergesa-gesa lagi untuk buat kopi.

3. SAMSUNG ADDWASH

Tertinggal atau terlupa baju yang nak dimasukkan untuk dibasuh? Dengan menggunakan Samsung Addwash anda boleh masukkan sahaja baju tersebut meskipun sewaktu mesin basuh sedang berpusing. Ia juga mempunyai child lock untuk keselamatan anak kecil di rumah.

4. CYCLEE

Untuk yang suka berbasikal bolehlah dapatkan alat ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk kenalan anda yang suka berbasikal. Cyclee bertujuan menjaga keselamatan penunggang basikal pada waktu malam kerana ia mengeluarkan laser isyarat berbasikal supaya kelihatan oleh pengguna jalan raya yang lain.

5. GIANT NEST BED

Katil sarang burung ini dipenuhi dengan bantal yang berbentuk seakan-akan telur burung. Mereka yang sukakan banyak bantal semasa tidur memang sesuai untuk memiliki satu tilam ini. Setiap kantung telur diisi dengan manik-manik “ultra-selesa” yang akan melekap pada badan anda. Katil tersebut juga mempunyai sarung berzip memudahkan untuk dibasuh. Anda boleh memesannya dalam pelbagai warna yang berbeza untuk disesuaikan dengan hiasan rumah.

6. KOTATSU TABLE

Duduk boleh baring pun boleh, meja ini juga terdapat alat pemanas di dalamnya kerana meja seperti ini digunakan di negara Jepun. Anda boleh makan dengan selesa, menggunakan komputer riba, atau berborak dengan keluarga dan kawan-kawan sambil menghirup teh. Hanya bahagian bawah badan yang dipanaskan dengan tujuan untuk memberikan keselesaan pada waktu ingin digunakan. Menariknya, anda boleh duduk di bawah meja dan imbas kembali zaman kanak-kanak bermain pondok-pondok suatu ketika dahulu.

7. NAP DESK BY STUDIO NL

Tiada masalah untuk letakkan meja ini di ruang tamu anda sekalipun atau bilik bacaan, sekiranya sudah penat buat kerja atas meja tersebut selepas itu bolehlah berehat dan berbaring pula di bahagian tempat tidur. Tidak perlu melangkah ke bilik tidur lagi dan mungkin lepas bangun boleh sambung semula kerja setelah rehat seketika.

8. THE TRAVELLER’S CLOSET

Almari sebegini boleh simpan di dalam bilik dan letak baju-baju anda yang telah dilipat kemas. Kemudian, jika ingin pergi bercuti atau melancong buka sahaja bahagian penarik, selesai! Kalau nak kemas bilik pun senang kerana mudah dialihkan.

9. PLETT PAN (EGG PAN)

Selain daripada masak telur, anda boleh menggunakan kuali ini jika ingin memasak pancake dengan mudah. Tiadalah pancake berubah bentuk lagi, nak hidang untuk diri sendiri atau keluarga pun terbentuk kemas, tak perlu risau lagi apabila nak membalikkan masakan.

Sumber:  addienabdulkadir

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau