Kepulauan Semporna antara destinasi paling wajib bagi mereka yang sukakan pulau. Terdapat banyak pulau-pulau di sekitar Semporna yang sungguh cantik dan indah bagaikan syurga dunia.

8 Pulau Menarik di Sekitar Semporna, Sabah

Rata-rata pelancong dari seluruh dunia datang ke Semporna, Sabah untuk menikmati keindahan Boneo yang sebenar. Ini adalah antara senarai 8 pulau tercantik di Semporna yang anda boleh pergi.

1. Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini sangat kecil dan melengkung terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis jenis ikan marin.

Dasar pulau Mabul yang tidak terlalu dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti seperti scuba diving.

Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan menaiki bot.

Terdapat pelbagai hidupan eksotik di sekitar kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.

2. Pulau Timba-Timba

Tidak banyak maklumat yang dapat di selitkan, tetapi jika anda berminat dengan aktiviti seperti “Island Hopping”, Pulau Timba-Timba antara kawasan wajib yang anda lawati.

#tips; Untuk ke Semporna, anda boleh mengambil penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Tawau atau pun boleh juga melalau Kota Kinabalu – Tawau. Dari Tawau boleh menarik bas atau kereta ke Semporna dan menaikki ferry ke pulau-pulau ini.

Satu lagi melalui Lahad Datu – Semporna.

3. Pulau Bum Bum

Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di sekitar di pulau tersebut.

Walaupun Pulau Bum Bum Bukan antara sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi sejernih cristal clear dan cantik

Pemandangan yang sangat cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum anda pasti terpukau melihat keindahan== ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke sini.

4. Pulau Sibuan

Pulau ini pernah menjadi perhatian diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

5. Pulau Bodgaya

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran.Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2.

Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

6. Pulau Mataking

Pulau Mataking terletak di Laut Celebes dan merupakan lokasi bagi para penyelam dimana lokasi yang menarik akan penyelam didasar laut Pulau Mataking.

Terletak hanya 45 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Semporna Sabah. Pulau ini mempunyai kemudahan penginapan yang bertaraf 4 bintang dan mewah melengkapi chalet yang menghadap ke laut memberi pandangan yang indah ketika senja menjelang.

7. Pulau Kapalai

Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort selaman skuba.

Pulau Kapalai, hanya terletak 20 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 210 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih dan bersih.

Berikutan hakisan pasir pantai ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja.

Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.

8. Pulau Bohey Dulang

Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang. Jom tempah pakej Semporna, Sabah 4 hari 3 malam bersama kami!

Kredit: Rileklah.com

The post 8 Pulau Menarik di Sekitar Semporna, Sabah appeared first on TripJalan.

All copyrights for this article are reserved to TripJalan