PREMIS perniagaan dan restoran dibenarkan beroperasi dari 8 pagi sehingga 8 malam ketika Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan dari 1 April hingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian juga ditetapkan dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Bagi restoran dan gerai makan, walaupun yang kita benarkan beroperasi secara bungkusan, waktunya adalah daripada 8 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, orang ramai masih lagi boleh keluar, namun orang ramai digalakkan menggunakan khidmat penghantaran dalam talian.

PELANGGAN menunggu di restoran pada 27 Mac lalu. FOTO Eizairi ShamsudinPELANGGAN menunggu di restoran pada 27 Mac lalu. FOTO Eizairi Shamsudin

Katanya orang ramai dinasihatkan agar tidak bersemuka dengan penghantar makanan dan hanya mengambil makanan yang ditinggalkan di luar bagi mengelakkan pertemuan secara bersemuka.

“Operasi stesen minyak juga daripada 8 pagi hingga 8 malam. Jadi waktu operasi yang menjual barangan dan makanan, standard dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya pada sidang media, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • All copyrights for this article are reserved to SirapLimau