Tak perlu pertimbangkan lagi nak pergi atau tidak ke Negeri Sembilan ni, di sinilah anda dapat makan masakan Minang yang memang terkenal dengan kepedasannya ni.

Jika makanan tak cukup untuk membuat anda sekeluarga datang ke sini, anda pasti tertarik dengan pemandangan bangunan-bangunan yang unik yang terdapat di sekitarnya.

5 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Wajib Di Lawati 2020

Negeri yang begitu popular dengan adat istiadat dan antara negeri yang banyak tarikan pelancongan. Jom kita lihat 5 tempat menarik di Negeri Sembilan yang wajib dilawati oleh semua orang.

1.) Jeram Toi


Jeram Toi telah diterokai oleh British pada tahun 1895 dan sejak itu ia menjadi sebuah lokasi tarikan ramai untuk berkelah dan bermandi-manda. Air jernih yang mengalir di sungai ini dan kawasan sekitarnya yang terjaga dengan baik menjadikan ia pilihan ramai orang pada hari cuti.

Bukan itu je, keseronokan bermandian di sini berganda-ganda jadinya kerana terdapat beberapa gelongsor air dan kemudahan membuat bbq dan juga sesuai di jadikan tempat berkumpul bersama keluarga.

2.) Pantai Teluk Kemang


Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan pantai yang terbesar di sini.

Banyak aktiviti air yang menarik yang boleh dibuat di sini seperti jetski, banana ride, parasail dan buggy. Pantai ini juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan.

3.) Eagle Ranch Resort Port Dickson


Eagle Ranch adalah sebuah hotel yang bertemakan “Cowboy” dan “Red Indian”, setiap kawasan dan bentuk bilik adalah sangat unik. Mempunyai kawasan yang sangat luas dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik ditawarkan di sini seperti Go-Kart, Paintball, Memanah dan lain-lain lagi.

Sangat sesuai untuk aktiviti “Team Bulding” sesebuah syarikat atau organisasi. Sesuai juga untuk mengisi masa lapang sekeluarga.

4.) Wild West Cowboy, Lukut


jika anda berdekatan dengan Lukut, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Wild West Cowboy. Di sini banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan samada anda datang sekeluarga atau bersama kawan-kawan.

Pertama sekali, mereka mempunyai tayangan wayang 5D dimana setiap masa mengikut jadual akan menawangkan filem yang berbeza. Anda akan di masuk ke alam 5D, dimana anda merasa getaran, angin, bau, dan suasana yang seakan-akan hidup

5.) Lexis Hibiscus Port Dickson


pengetahuan semua, semua bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai kolam renang masing-masing. Bilik yang ditawakan juga mempunyai 2 katil Queen yang besar, sangat bersesuaian membawa keluarga anda disini.

Pandangan jauh dari atas menyaksikan susunan resort di Lexis Hibiscus Port Dickson adalah menyerupai sekuntum bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia.

Ini baru 5 tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan. kita akan lihat banyak lagi tempat yang seronok di sini lagi di artikel akan datang.

The post 5 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Wajib Di Lawati 2020 appeared first on TripJalan.

All copyrights for this article are reserved to TripJalan