Nak jadi selebriti ni memang susah, iyalah selain perlu kebal dengan komen negatif, kenalah juga sentiasa menjaga penampilan agar tip top. 5 selebriti ni bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik, tetapi mereka cukup berdisiplin menjaga rambut yang juga menjadi trademark sepanjang bergelar anak seni.

#1 Fazura

Kredit: @fazura/Instagram

Fazura dengan gaya rambut belah tengah, nampak bersahaja, relaks, modern classy dan nampak mahal dengan gaya sebegitu.

#2 Izara Aisyah

Kredit: @izaraaishahofficial/Instagram

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik yang juga menantu kepada Datuk K ni. Pelakon berdarah kacukan Pakistan Melayu ni mula terkenal selepas menyertai Dewi Remaja bersama Neelofa, Anzalna dan Syatilla Melvin.

#3 Dayang Nurfaizah

Kredit: dayangsayangkamu/Instagram

Dayang antara artis yang gemar tampil dengan gaya rambut panjang melepasi bahu. Rambutnya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis tetapi cukup menyerlahkan penampilannya.

#4 Eira Syazira

Kredit: eirasyaziraofficial/Instagram

Ramai yang cemburu dengan kecantikan rambut pelakon dan penyanyi ni sejak zaman anak dara sehingga kini. Eira membuktikan status sebagai ibu anak 3 bukanlah alasan untuk tidak menjaga penampilan.

#5 Hannah Delisha

Kredit: @hannahdelisha/Instagram

Akstres dan model jelita berdarah kacukan Inggeris-Melayu, Hannah Delisha kini menjadi tumpuan dalam industri hiburan kerana kecantikan wajahnya persis anak patung.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber : gegar.my dan media hiburan

All copyrights for this article are reserved to Selebriti