Malaysia merupakan destinasi syurga bagi semua orang. Keindahan alam flora dan fauna nya memukau setiap orang. Disebalik negara yang membangun ini, masih tersisa ciptaan tuhan yang dipelihara dan dijaga dengan baik. Terdapat lebih seribu pulau yang ada di dalam Malaysia namun kita akan lihat 5 pulau yang wajib dikunjungi di seluruh Malaysia.

5 Pulau Wajib dikunjungi Seluruh Malaysia

Pulau Pangkor, Perak

Ada banyak pantai menarik di Pulau Pangkor yang boleh anda kunjungi samada untuk berehat, beriadah atau mengadakan hari keluarga. Pantainya yang putih bersih sangat sesuai untuk mengadakan acara-acara pantai yang menghiburkan.

Antara tempat menarik di Pulau Pangkor yang popular adalah Pantai Teluk Nipah, Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Ketapang atau dikenali sebagai Turtle Bay, Teluk Man, Pantai Puteri Dewi, Teluk Dalam dan banyak lagi.

Di sekitar Pulau Pangkor terdapat beberapa pulau kecil yang menarik dan boleh dijelajahi seperti Pulau Mentangor, Pulau Giam, dan Pangkor Laut, namun pulau ini adalah pulau persendirian dan hanya dibuka kepada penginap di Pangkor Laut Resort.

Tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor yang seronok dilawati sambil menambah ilmu dan membeli produk hasil laut di sini:

  1. Pengkalan membina bot
  2. Kilang ikan bilis
  3. Taman Fu Lin Kung
  4. Pekan Pulau Pangkor
  5. Lapangan Terbang Teluk Dalam dan
  6. Kilang membuat satay ikan

Percutian di pulau Pangkor tidak dapat lari dari melakukan aktiviti-aktiviti pantai dan yang berkaitan dengan laut. Paling tidak anda boleh berehat di bawah pokok melihat pemandangan laut luas sambil menikmati hembusan angin segar yang mengasyikkan. Ada aktiviti yang percuma dan ada yang berbayar antaranya:

  1. Berihat di tepi pantai dan mandi laut bersama keluarga
  2. Melawat tempat menarik di sekitar pulau samada berjalan kaki, berbasikal atau boleh sahaja menaiki van pelancong dengan kadar bayaran dalam lingkungan RM100
  3. Aktiviti bebas mengelilingi pulau dengan basikal atau motorsikal
  4. Jungle trekking atau melihat matahari terbenam waktu senja di tepi pantai
  5. Berkayak dengan bayaran Rm10 sejam
  6. Snorkeling dengan bayaran RM15 sejam
  7. Menyelam atau Scuba Diving
  8. Alami berada di atas bot pukat tarik dengan pakej tertentu
  9. Mencuba water spot seperti menunggang jet ski, banana boat dan banyak lagi
  10. Boat trip dan Sunset Cruising yang menyeronokkan

Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Langkawi juga disebut sebagai Pulau Lagenda kerana pulau ini adalah unik dalam erti kata yang lain pulau ini memiliki begitu banyak mitos dan legenda yang berkaitan dengannya.

Pulau ini adalah sebuah kepulauan dari 99 pulau yang terdapat di pantai utara barat Semenanjung Malaysia. Langkawi juga dikenali sebagai sebuah pulau yang bebas cukai. Ini bermakna jika anda tinggal di sini, anda akan dapat menikmati pembelian yang murah berbanding dengan membeli barangan di Kuala Lumpur.

Sebahagian besar daripada perbelanjaan pelancong ke Langkawi adalah merupakan cenderamata dan hasil kraftangan yang mempunyai diskaun sehingga 50 peratus.

Pulau Langkawi merupakan sebuah Pulau yang mempunyai keluasan yang melebihi Pulau Pinang. Terdapat juga pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Langkawi seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah .

Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang. Ianya terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar.

Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling.

Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan Pulau ini sebagai salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Tidak hairanlah ramai pengunjung dalam dan luar negara ramai yang berkelah serta memilih Pulau Tioman ini sebagai salah satu lokasi percutian mereka.

Pulau ini boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri.

Aktiviti Menarik Dilakukan

  1. Mengelilingi pulau
  2. Skuba Diving
  3. Snorkeling
  4. Rock Climbing
  5. Mandi manda di air terjun
  6. Membeli belah di kedai-kedai bebas cukai

Pulau-pulau Untuk Snorkeling

  1. Pulau Rengis
  2. Pulau Tulai
  3. Taman Laut
  4. Monkey Bay

Walaupun Pulau Tioman terletak di bawah negeri Pahang, cara utama pelancong datang ke pulau ini adalah melalui jeti di Mersing, Johor. Namun laluan alternatif jika anda hendak melancong ke Pulau Tioman adalah melalui jeti Tanjung Gemok, Pahang.

Daripada salah satu jeti ini, anda boleh menaik feri terus ke Pulau Tioman untuk harga sekitar RM30-RM35 seorang.

Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang merupakan sebuah pulau pelancongan menarik yang terletak di negeri Terengganu. Lokasinya ialah di Laut China Selatan berhampiran perairan daerah Setiu, lebih kurang 45km ke utara-timur laut di luar pantai Kuala Terengganu.

Lokasi GPS bagi Pulau Redang ialah 5° 44′ – 5° 50′ latitud Utara dan 102° 59′ – 103° 5′ Longitud Timur. Pelancong yang ingin bercuti di Pulau Redang boleh ke sana dengan beberapa cara iaitu:

  • Menaiki bot dari jeti Kampung Penarik di Merang, Setiu, Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih-kurang 40 minit untuk sampai ke Pulau Redang.
  • Menaiki bot dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih-kurang 1 jam 50 minit untuk tiba di Pulau Redang.

Ada beberapa tempat menarik di Pulau Redang yang boleh dikunjungi pelancong antaranya:

  • Pantai Pasir Panjang – Ia adalah pantai yang paling besar di Pulau Redang. Pantai Pasir Panjang sesuai untuk snorkeling.
  • Teluk Kalong – Terdiri dari Teluk Kalong Kechil dan Teluk Kalong Besar. Pantai Teluk Kalong Besar sesuai untuk mandi laut dan berenang.
  • Teluk Dalam – Pantai Teluk Dalam sesuai untuk mandi laut dan berenang.
  • Pasir Mak Simpan – Tempat menarik untuk snorkeling.
  • Pasir Mak Kepit – Tempat menarik untuk snorkeling.
  • Teluk Bakau.

Percutian ke pulau redang tidak akan sempurna jika tidak melakukan aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong yang berkunjung ke pulau ini. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang seperti:

  • Snorkeling – Aktiviti utama dan paling menarik untuk dilakukan jika bercuti di Pulau Redang. Terdapat beberapa tempat menarik untuk snorkeling seperti di Taman Laut Pulau Redang di Pulau Pinang dan juga beberapa tempat lain disekitar Pulau Redang.
  • Mandi laut.
  • Bermain bola tampar pantai.
  • Jungle trekking.
  • Melihat matahari terbit.
  • Scuba diving.
  • Berkayak.
  • Memancing – Pengunjung perlu mengambil pakej memancing di luar pantai Pulau Redang kerana memancing di sekitar pulau ini adalah tidak dibenarkan.

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu.

Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang sangat cantik serta hutannya yang belum tercemar.

Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu.

Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau utama iaitu:

  1. Pulau Perhentian Besar.
  2. Pulau Perhentian Kecil.

Bagaimana caranya untuk ke Pulau Perhentian? Destinasi anda ialah Kuala Besut dimana feri ke Pulau Perhentian disediakan. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke sana.

  1. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat anda, anda boleh samada ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu – Bergantung pada lokasi terhampir dengan anda.
  2. Mengambil teksi untuk ke Kuala Besut.
  3. Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi.
  4. Di Pulau Perhentian Besar, anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah untuk berehat di pulau cantik yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkeling menikmati keindahan hidupan laut disekitar pulau ini.

Selain itu terdapat beberapa aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian seperti:

  1. Mandi laut di pantai berpasir yang jernih airnya.
  2. Island cruises – Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar pulau.
  3. Windsurfing.
  4. Sailing.
  5. Berkayak.
  6. Memancing.
  7. Berkhemah.
  8. Jungle trekking

Dah fikir nak travel pergi mana? Dalam Malaysia pun ade banyak tempat best, jom la melancong!

All copyrights for this article are reserved to TripJalan