Untuk yang gemar dalam ativiti  sukan air pasti  tahu dengan ativiti sukan lasak  water rafting  ini. Water rafting itu dalam Bahasa Melayu bermaksud Rakit Arus Deras yang dilakukan di kawasan sungai yang ada jeram dan arus yang deras.

Berani ke idok? Syok tau! So jom kita singgah kat 5 lokasi terbaik water rafting di malaysia.

Sungai Slim White Water Rafting

Ulu Slim, Slim River, Perak

Panjang sungai di Slim River ini  setikar  6 kilometer dan mempunyai tiga peringkat jeram iaitu gred 1, gred 2 dan gred 3.

Sungai kat Ulu Slim ni sangat berbatu dan banyak laluan sempit dan selekoh tajam yang mencabar fizikal dan mental.

Peratus kecenderungan untuk anda jatuh daripada bot adalah sangat tinggi. Bayaran untuk satu kepala ialah RM150 hingga RM180.

www.flickr.com/photos/ahtuck/3574431013

Jeram Besu, Benta, Pahang

Jeram Besu ni terletak kat Sungai Lipis, kira-kira 6 kilometer sebelum Pekan Benta. Kalau dari KL dalam anggaran perjalanan 2 ½ jam.

Tempat ni menarik banyak peminat white water rafting dari seluruh negara sampaikan pelancong dari luar. Aktiviti water rafting di sini pendek jer berbanding kat sungai-sungai lain.

Tapi, korang boleh buat aktiviti lasak lain macam Flying Fox, 4 Wheel Drive Adventure dan Caving dan sambil mandi manda  di sungai  Harga untuk sekepala ialah RM170 hingga RM200.

https://www.tripadvisor.com.my

Gopeng, Perak

Aktiviti water rafting di Gopeng, Perak adalah di antara lokasi yang sangat best kerana laluan yang mencabar dan jeram.

Sambil menikmati air sungai dan hutan yang cantik, water rafting di Sungai Kampar adalah sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai pengalaman.

Ribuan belia dan ahli korporat telah pun menjadi saksi dan kesemua mereka menghabiskan masa dengan sangat seronok. Harga sekepala sekitar RM140-RM 200.

myadventurehost.com

Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu adalah satu-satunya destinasi untuk aktiviti white water rafting yang terdapat di Selangor.

Sungai ini mempunyai deras  dari gred 1 hingga gred 4 dengan air yang sejuk dan jernih perjalanan setikar 3 ke 4 jam bergantung pada keadaan air .

Dan di sini  merupakan aktiviti hujung minggu yang sempurna buat warga Kuala Lumpur yang ingin lari sebentar dari hiruk-pikuk kota. Harga untuk sekepala ialah RM150 hingga RM180.

fb/Beautiful Terengganu

Sungai Loh @ Dungun, Terengganu

Sungai Loh di Dungun, Terengganu merupakan tambahan terbaru untuk aktiviti white water rafting di Malaysia.

Pengembaraan ke dalam Hutan Lipur Bumbung Raja yang masih perawan ini ternyata mendekatkan diri anda dengan alam semula jadi.

Sungai ini juga mencabar kerana ada 4 perinkat  sudah tentu mencabar dan seronok.

Bagi sesiapa yang berminat nak cuba water rafting, whatsapp kami di nombor 014-7206093 untuk sebarang info dan tempahan. Minimum pax adalah 4 orang untuk 1 bot.

Pilih tarikh anda sendiri dan berseronok lah dengan aktiviti water rafting!

All copyrights for this article are reserved to TripJalan