Penyanyi yang berkebolehan mencipta lagu sukar untuk meramal lagu mana yang akan meletup kerana ketika dalam proses penciptaan, dia pasti ada satu atau dua lagu yang dirasakan dekat dengan dirinya.

Lagu terkenal

Selalunya, pihak penerbit yang akan berbincang dengan artis sebelum membuat keputusan lagu manakah yang akan dikeluarkan sebagai lagu single yang akan menentukan hala tuju artis dan album tersebut.

Walaupun lagu single selalunya popular di kalangan peminat, ada juga kes-kes tertentu di mana lagu yang popular dan meletup sebenarnya tidak mendapat tempat di hati pencipta lagu tersebut. Penciptanya sendiri benci lagu yang dihasilkannya.

Berikut adalah 5 lagu popular yang dibenci oleh penciptanya sendiri sehinggakan artis tersebut rimas ketika persembahan, tetapi terpaksa melakukannya kerana permintaan peminat.

1. “Smells Like Teen Spirits” oleh Nirvana

Lagu yang mengubah muzik dunia ini sebenarnya adalah ciptaan Kurt Cobain secara tidak sengaja.

Ketika sedang memetik gitar, dia memainkan lagu pop “More Than A Feeling” nyanyian kumpulan Boston lalu mengubah temponya, kemudian terhasillah melodi yang menjadi latar belakang generasi 90-an.

Kurt cukup benci fokus media dan peminat kepada lagu tersebut yang mengaitkan mesej lagu tersebut sebagai satu mesej pemberontakan remaja, sedangkan dia menamakan lagu tersebut berdasarkan sejenis jenama deodoran.

2. “Creep” oleh Radiohead

Thom Yorke vokalis Radiohead secara terang-terangan menyatakan kebenciannya terhadap lagu mereka yang paling popular ini.

Menamakan lagu ini sebagai ‘Crap’ dan menggelarkan tindakan mereka mewujudkan siri konsert selepas lagu ‘Creep’ meletup sebagai satu perbuatan ‘menghisap zakar syaitan’.

Radiohead akan mengelak untuk memainkan lagu ini setiap kali persembahan mereka.

Dalam satu konsert, apabila peminat-peminat meminta mereka memainkan lagu ‘Creep’ ketika konsert, Thom Yorke memanggil kesemua peminatnya ‘cacat akal dan bodoh.’

3. “Stairway to Heaven” oleh Led Zeppelin

Dianggap sebagai salah sebuah lagu paling berpengaruh dalam industri muzik dunia dan membuatkan ramai orang teringin belajar gitar, ‘Stairway to Heaven’ adalah lagu yang kerap berada di tangga teratas muzik rock.

Bagaimanapun, Robert Plant, vokalis Led Zeppelin cukup menyampah dengan lagu itu kerana semua orang hanya memfokuskan lagu tersebut.

Dia menyamakan lagu itu dengan lagu tema perkahwinan dan apabila sebuah stesen radio di Oregon berjanji untuk tidak lagi memainkan lagu tersebut, Robert Plant mendermakan wang kepada radio tersebut sebagai sagu hati.

4. “Sweet Child O’Mine” oleh Guns N’ Roses

Slash, pemain gitar legenda dan gitaris Guns N’ Roses sedang melakukan senaman jari dengan gitarnya lalu dia memainkan beberapa nota.

Anggota-anggota lain meminta dia mengulangi nota-nota muzik tersebut lalu terhasillah melodi yang kini masih kerap dimainkan di radio.

Dalam autobiografi beliau, Slash mengatakan, “dalam sejam lebih saja, rutin senaman jari saya menjadi satu lagu penuh.”

Slash tidaklah benci kepada lagu tersebut sepenuhnya kerana dia merasakan melodi yang terhasil unik, tetapi dia benci dengan keseluruhan lagu tersebut dan menggelarkannya “salah satu lagu paling gay yang pernah ditulis” kerana Guns N’ Roses pada ketika itu, tidak menulis lagu-lagu ballad seperti itu.

5. “Wonderwall” oleh Oasis

Liam Gallagher, penyanyi kepada kumpulan Oasis menyatakan setiap kali dia diminta untuk menyanyikan lagu ikonik mereka ini, dia rasa hendak muntah.

Menceritakan pengalamannya dipanggil peminat sebagai “Mr.Wonderwall” menambahkan lagi kebencian dia pada lagu tersebut.

Dalam ayat Liam sendiri (terjemahan) – “Aku tak tahan lagu itu. Setiap kali aku perlu nyanyikan lagu itu aku nak muntah. Kami ke Amerika dan orang tanya aku, ‘adakah awak Mr. Wonderwall’? Itu membuatkan aku nak hentak dagu mereka yang bertanya.”

Semoga memberi manfaat

sumber: iluminasi

All copyrights for this article are reserved to Sentiasa Panas