EMPAT kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 57 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 150 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,483 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 99 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj 88 orang, ini menjadikan 915 pesakit telah sembuh dan discaj hospital,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut carta terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

SENARAI empat kematian akibat Covid-19 hari ini. INFOGRAFIK Ihsan KKMSENARAI empat kematian akibat Covid-19 hari ini. INFOGRAFIK Ihsan KKM

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to covid19