MAHKAMAH Majistret Alor Setar, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500 ke atas 34 individu yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Semua tertuduh termasuk empat remaja berusia 14 hingga 17 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Noorhidayah Mohd Noor.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh berusia antara 14 hingga 60 tahun dipenjara tidak melebihi 14 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Semua tertuduh sebelum ini ditahan dalam Op Covid-19 di kawasan sekitar pusat bandar, Mergong, Simpang Empat dan Simpang Kuala di Alor Setar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz dan Alif Farhan Hassan.

Difahamkan, sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 74 individu sudah ditahan polis di derah Kota Setar atas kesalahan ingkar PKP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • All copyrights for this article are reserved to SirapLimau