Tahun 2020 telah pun tiba, kami masih ingat dulu masa jadi kanak-kanak; tahun 2020 digambarkan dengan pelbagai kenderaan dan bangunan futuristik. Kita membayangkan ada kereta terbang, dan pakaian orang pun masih pelik-pelik. Nampaknya benda tu tak berlaku lagi, apa yang mungkin benar; teknologi semakin buat orang jauh tu dekat, tapi yang dekat pulak terasa jauh. Apabila lepak, kita selalu tengok telefon masing-masing je.

Untuk hadap tahun 2020 yang mencabar ni, kami nak kongsikan beberapa perkara ringkas yang korang kena tahu.

Dua puluh maklumat yang korang kena tahu menjelang tahun 2020 ni

  1. Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula. Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan. Dalam bab ni kita kena puji kerajaan, sebab diorang bagi tempoh peringatan dulu sebelum mula kenakan denda.
    Jangan merokok macam ni. Via Giphy2. Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah. Program ni akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

  2. RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu. Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Cuma baru-baru ni ada pengumuman yang kata program subsidi petrol ni ditangguhkan.
    S1Via semakonline4. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan. Takde saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS).

  3. Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso. Majikan di negara ini diwajibkan untuk daftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

  4. Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

  5. Sistem cukai petak di Kuala Lumpur. Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Januari di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal.

  6. Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital.
    S1Via Kapital.my9. Aliran sains dan sastera dimansuhkan untuk pelajar tingkatan 4. Pelajar tingkatan empat tak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tapi diorang akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

  7. Rakyat Sarawak nikmati air percuma. Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma.

  8. RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka. Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.
    S1Via Media Selangor12. Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir. Kerajaan peruntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk sediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir.

  9. Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tak babitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan.
    Sebab tak boleh guna straw. Via Giphy14. Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis. Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang.

  10. Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai. Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras.

  11. Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan. Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.
    S1Via Lacasa Biru17. Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.

  12. Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso. Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans diorang.

  13. Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor. Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan.

  14. Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor. Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.

Korang kena selalu alert dengan pengumuman baru kerajaan

Tahun 2020 ni mungkin banyak benda baru yang kerajaan yang nak buat, jadi korang kena sentiasa alert dengan pengumuman baru. Kalau korang jenis malas nak cari maklumat, korang follow je ORANGKATA – sebab kami akan sedaya upaya untuk bagi korang maklumat. Selamat tahun baru, jangan lupa untuk terus membaca ORANGKATA.

Maklumat ini diambil dan disunting daripada laporan Astro Awani.

All copyrights for this article are reserved to Cukai Digital