Cuti-cuti nanti, mesti ramai yang suka pergi ke air terjun, mandi sungai atau pantai.

Memang seronok beriadah dengan keluarga sambil melakukan aktiviti air. Tapi, penting untuk kita mengutamakan keselamatan terutamanya bila bersama kanak-kanak.

Dalam sebuah posting terkini hari ini (20 Januaru 2020), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenalpasti 15 kawasan Hot Spots berisiko mati lemas di seluruh negara.

Jadi, sebolehnya cuba elakkan daripada melakukan aktiviti air di kawasan ini:

Kawasan Sungai

▪️ Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah

▪️ Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor

▪️ Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan

▪️ Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor

▪️ Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor

Kawasan Pantai

▪️ Pantai Nipah, Bachok, Kelantan

▪️ Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

▪️ Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kawasan Lombong/Empangan

▪️ Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor

▪️ Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

▪️ Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor

Kawasan Air Terjun

▪️ Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor

▪️ Sekayu, Terengganu

▪️ Lata Berembun, Raub, Pahang

▪️ Chamang, Bentong, Pahang

Foto Kredit: Screengrab YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=xv6iV_pkVoE

Sentiasa Ambil Langkah Berjaga-jaga Apabila Melakukan Aktiviti Air

Mungkin ada antara kita yang dah biasa pergi ke kawasan ni. Bukanlah kata tak boleh pergi langsung, cuma disarankan agar lebih berhati-hati bila melakukan aktiviti air di sini.

Utamakan keselamatan ok!

*Sumber: KPKT Malaysia

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau