Bila bayi masuk 6 bulan, ramai ibu memang excited nak bagi makan.

Tapi ada juga yang takut-takut sebab ia adalah kali pertama kan? Kebanyakan menu pun yang simple saja sebab ia adalah tempoh pengenalan buat bayi. Tambahan pula, ada ibu yang risau jika bayi mengalami alahan terhadap makanan tertentu.

Bila dah masuk 7 bulan, kita dah boleh perkenalkan pelbagai kombinasi makanan untuk bayi.

Jom tengok idea resepi bayi 7 bulan yang dikongsikan oleh Puan Rosma Aiza ini.

Menarik!

15 Idea Resepi Bayi 7 Bulan Ke Atas. Mudah, Sedap & Berkhasiat!

1. Bubur Ayam + Sayur Campur

resepi bayi 7 bulan

Bahan-Bahan

  1. Beras

  2. Ayam

  3. Baby Bayam

  4. Lobak Merah

  5. Mirepoix


    6. Chicken feet stock (stok kaki ayam)

  6. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)

Cara-cara

  1. Masak bubur nasi seperti biasa

  2. Bila mendidih masukkan ayam dan lobak merah

  3. Bila bubur hampir masak, masukkan bayam,mirepoix dan  Chicken feet stock (CFS).


    4.Sejukkan bubur & kisar mengikut kesesuaian bayi.


    5.Hidangkan dan titiskan evoo (Extra virgin olive oil).

*Buah oren sebagai snek.

2. Ikan Singgang + Sayur Sawi

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan selar

  3. Bawang merah

  4. Bawang putih

  5. Kunyit hidup

  6. Lengkuas

  7. Asam keping

  8. Sawi pak choy

  9. Evo

Cara-cara

1. Masak bubur nasi seperti biasa


2. Untuk ikan singgang-panaskan air dan masukkan bawang merah(hiris), bawang putih(ketuk), kunyit(hiris), lengkuas(ketuk) dan asam keping


3. Bila mendidih masukkan ikan selar


4. Sayur sawi stim seketika sehingga layu


5. Campurkan bubur+ikan singgang+sawi dan kisar mengikut kesesuaian bayi.


6. Hidangkan dan titiskan evo

3. Sup Ikan Merah

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan merah

  3. Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis

  4. Sup bunjut-optional

  5. Bawang putih

  6. Bawang merah

  7. Halia

  8. Lobak merah

  9. Tomato ceri

  10. Daun sup

  11. Minyak masak

Cara-cara

  1. Tumiskan empat sekawan dan bawang bersama minyak masak

  2. Masukkan air, sup bunjut dan lobak merah

  3. Bila mendidih masukkan ikan merah

  4. Masukkan tomato dan daun sup

  5. Bubur nasi masak seperti biasa

  6. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

*Buah anggur sebagai snek.

4. Ikan Merah Stim Halia + Sayur Campur

Makanan bayi 7 bulan ke atas

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan Merah

  3. Ubi keledek

  4. Kacang peas

  5. Halia

  6. Tomato ceri

  7. Mirepoix

  8. Evo

Cara-cara

  1. Masak bubur nasi seperti biasa

  2. Apabila mendidih masukkan ubi keledek dan kacang peas

  3. Bila bubur hampir masak masukkan tomato

  4. Ikan merah stim bersama halia

  5. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

*Buah epal sebagai snek.

5. Ikan Tenggiri Stim + Sayur Labu & Bayam

resepi bayi 7 bulan

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan tenggiri

  3. Labu

  4. Baby bayam

  5. Mirepoix

  6. Serbuk ikan bilis

  7. Halia

  8. Evo

Cara-cara

  1. Masak bubur nasi seperti biasa

  2. Bila air mendidih masukkan sayur labu

  3. Bila bubur hampir masak masukkan baby bayam, mirepoix dan serbuk ikan bilis

  4. Ikan tenggiri stim bersama halia

  5. Sejukkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

  6. Hidangkan dan titiskan evo

*Buah Singo pear sebagai snek.

6. Ikan Tenggiri Grill + Sup Sayur

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan tenggiri

  3. Bawang putih

  4. Ubi keledek

  5. Bayam merah

  6. Bunga kubis

  7. Minyak masak

Cara-cara

  1. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang

  2. Masak bubur nasi seperti biasa

  3. Tumiskan bwang putih bersama minyak masak

  4. Tambahkan air dan masukkan ubi keledek

  5. Masukkan kubis bunga dan bayam merah

  6. Campurkan bubur nasi+ikan tenggiri +sup sayur dan kisar mengikut kesesuaian bayi

*Buah Singo pear sebagai snek.

7. Bubur Nasi + Ikan Tenggiri Grill + Sayur Air Sawi & Brokoli

Resepi bayi 7 bulan ke atas

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ikan tenggiri

  3. Bawang putih

  4. Brokoli

  5. Sawi pak choy

  6. Evo

    Cara-cara

  7. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang

  8. Panaskan air dan masukkan bawang putih(ketuk)

  9. Masukkan brokoli dan biarkan sehingga lembut

  10. Masukkan sawi pak choy

  11. Boleh masukkan serbuk ikan bilis jika ada

  12. Masak bubur nasi seperti biasa

  13. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

  14. Hidangkan dan titis evo

*Buah delima sebagai snek.

8. Bubur Nasi + Sup Ayam

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ayam

  3. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

  4. Bawang merah

  5. Bawang putih

  6. Lobak merah

  7. Bunga kubis

  8. Tomato ceri

  9. Daun sup

  10. Minyak masak

Cara-cara

1. Masak nasi bubur seperti biasa


2. Tumis empat sekawan bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.


3. Bila dah naik bau masukkan ayam dan kacau seketika


4. Tambahkan sedikit air


5. Masukkan lobak merah dan bunga kubis


6. Biarkan sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.


7. Masukkan tomato dan daun sup


9. Campurkan bubur nasi dan sup ayam dan hidangkan.

*Buah anggur sebagai snek.

9. Nasi Ayam

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Unsalted butter

  3. Bawang putih

  4. Halia

  5. Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis

  6. Sup bunjut

  7. Ayam

  8. Mirepoix

  9. Cfs

  10. Batang saderi

  11. Lobak merah

  12. Daun sup

Cara-cara

  1. Tumiskan empat sekawan dan bawang putih bersama unsalted butter.

  2. Tambahkan air dan masukkan beras

  3. Masukkan hirisan halia

  4. Panaskan air dan masukkan sup bunjut dan lobak merah

  5. Apabila air mendidih masukkan ayam

  6. Masukkan mirepoix, cfs, batang saderi dan daun sup.

  7. Campurkan nasi bersama sup dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi.

*Buah oren sebagai snek.

10. Bubur Nasi + Tom Yam Ayam

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ayam

  3. Bawang putih

  4. Bawang merah

  5. Mirepoix

  6. Pes tomato

  7. Daun limau purut

  8. Serai

  9. Lobak merah

  10. Brokoli

  11. Evo

Cara-cara

  1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, mirepoix, pes tomato dan lobak merah

  2. Apabila mendidih masukkan ayam dan biar seketika

  3. Masukkan brokoli

  4. Masak bubur nasi seperti biasa

  5. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

  6. Hidangkan dan titis evo

*Buah delima sebagai snek.

11. Mee Sup Ayam

Resepi bayi 7 bulan ke atas

Bahan-bahan

  1. Mee bayi organik

  2. Ayam

  3. Cfs

  4. Bawang putih

  5. Bawang merah

  6. Brokoli

  7. Sawi pak choy

  8. Tomato cherry

  9. Evo

Cara-cara

  1. Panaskan air dan masukkan mee apabila air mendidih


    2 Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak masak

  2. Masukkan cfs dan tambah sedikit air

  3. Bila air mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika

  4. Masukkan brokoli, sawi dan tomato

  5. Campurkan mee dan sup ayam dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi

*Buah betik sebagai snek

12. Nasi Jagung + Ayam Grill

Bahan-bahan

  1. Beras

  2. Ayam

  3. Jagung

  4. Brokoli

  5. Bawang putih

  6. Halia

  7. Mirepoix

  8. Mixed herbs

  9. Evo

Cara-cara

  1. Masak bubur nasi seperti biasa

  2. Bila mendidih, masukkan jagung dan mirepoix

  3. Untuk ayam-perapkan ayam bersama bawang putih, halia dan mixed herbs.

  4. Grill ayam diatas daun pisang

  5. Bagi sayur brokoli stimkan seketika sehingga lembut.

  6. Campurkan semua dan kisar mengikut kesesuaian bayi

  7. Hidangkan dan titis evo

*Buah sebagai snek.

13. Mee Bolognese

Bahan-bahan

  1. Mee bayi organik

  2. Ayam

  3. Bawang putih

  4. Bawang merah

  5. Lobak merah

  6. Brokoli

  7. Tomato ceri

  8. Mirepoix

  9. Cfs

  10. Pes tomato

  11. Oregano

  12. Unsalted butter

Cara-cara

  1. Cincang bawang putih dan bawang merah

  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama unsalted butter

  3. Bila dah naik bau masukkan cfs, mirepoix dan pes tomato

  4. Tumis seketika dan masukkan ayam dan lobak merah

  5. Tambahkan sedikit air

  6. Masukkan brokoli dan tomato

  7. Untuk mee- Panaskan air seketika.

  8. Bila mendidih masukkan mee dan biarkan sehingga lembut

*Buah naga sebagai snek.

14. Tofu Strawberi

Bahan-bahan

  1. Tofu organik

  2. Buah

Cara-cara

  1. Stimkan Tofu selama 10 minit

  2. Kisar buah tanpa air

  3. Campurkan dan hidangkan

15. Jejari Kentang

resepi bayi 7 bulan

Bahan-bahan

  1. 1 biji kentang

  2. 2 sudu tepung jagung

  3. Lobak merah

  4. Brokoli

Cara-cara

  1. Stim kan seketika lobak merah&brokoli

  2. Cincang lobak merah&brokoli

  3. Rebus ubi kentang sehingga lembut

  4. Lenyekkan ubi kentang dan masukkan tepung jagung, lobak merah dan brokoli

  5. Uli sehingga sebati dan bentukkan jejari

  6. Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan

*Resepi bayi 7 bulan ke atas ini dikongsikan oleh Puan Rosma Aiza menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan, rujuk post asal di SINI.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau